Netizen Pertikai Vivy Yusof Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Sebut sahaja jenama dUCk scarves, pasti ramai tahu siapa pengasasnya. Terbaru, usahawan tudung terkemuka itu iaitu Datin Vivy Yusof dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM). Perkara itu dikongsikan melalui laman Facebook rasmi UiTM.
Menerusi Instagram, Vivy juga turut memaklumkan perkhabaran gembira itu bersama pengikutnya. Vivy berkata, beliau akan menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan penuh tanggungjawab.
BACA: Rakam Filem Di Pawagam, Vivy Yusof Dikecam Teruk
“Alhamulillah, saya telah diberi tanggungjawab yang besar oleh Menteri Pendidikan sebagai ahli lembaga pengarah termuda Universiti Teknologi Mara (UiTM). Saya amat menghormati Pengarah Urusan dan ahli lembaga lain di atas usaha keras mereka.
“Meskipun saya tidak memiliki pengalaman sama seperti mereka, saya berharap dapat memberi sumbangan terbaik daripada segi idea dalam membawa pembaharuan untuk manfaat bersama dalam industri pendidikan. Bismillah untuk tugasan baharu ini!”
Bagaimanapun, hasil tinjauan di laman Facebook rasmi UiTM, perlantikan tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen dimana rata-rata mereka berpendapat ramai lagi individu lain yang lebih layak memikul tanggungjawab berkenaan berbanding Vivy.
Kata netizen lagi, ada beberapa alumni UiTM yang boleh dilantik antaranya pereka fesyen terkenal Rizalman, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini dan Yuna. Malah ramai yang tertanya-tanya apa yang membuatkan usahawan itu layak memegang jawatan tersebut.
Untuk pengetahuan anda, Vivy merupakan graduan lulusan undang-undang dari London School of Economics di United Kingdom.
Vivy pernah memenangi pelbagai anugerah antaranya Bella Business Award 2013, Women’s Weekly Malaysia’s Finance and Commerce Nominee untuk anugerah Great Women of Time Awards 2015, 60 Wanita Inspirasi Nona, Young Entrepreneur Award daripada Tribute To Women Malaysia dan banyak lagi.
- SUMBER
- mStar Online
dato rizalman lebih layak ex student uitm
Baik dia drp Lopak. Lopak kontroversi je lebih.
Apa salahnyer… Jeles la tu sbb x dpt study oversea… Vivy student LSE.. Korang tau ke x LSE tu apa?
LEMBAGA SUP EKOR!!! MAK KO!
Oh salah tu. Xpe sy betulkan. LSE tu London School of Economics. Itulah lain kali study betul2 masa SPM yer.
So that vivy can invest some . . .to the uni.all uni need an investment for the future. Xkisah la. Dia pon ade apa academic cert LSE lagi. Well u know ,education nowadays its a bussiness too. Mmg la hatta dolmat, yuna ,rizman ruzaini and etc ni layak sbb alumni tapi how abt investment? Skg xde duit susah nak ckp. Bukan hamba duit tp xde duit nak mati pon susah.
Aliff Syukri lebih layak laa… kamonnnn!
Vida itik tu pun belajar kat LSE..tau
Sebelum komen tgk dulu kelayakkannya..bkn pakai hentam je.. nanti jd fitnah.. Uitm pun ambik tu dah tg dulu siapa orgnye.. Memang layaklahh.. Banyak anugerah yg dia dapat dan berkelulusan undang2…walaupun bkn dr uitm pun apa salahnye.. Jgn terlalu jumud sgt!!!
She doesnt even practise law. Apparently her specialty is business. So now celebrity also can be ahli lembaga pengarah meh? No class at all
Cepatnye komen tak layak.. Tgk dululah siapa dia tu baru komennn..nanti takut jd fitnah.. Lulusan low tu.. Anugerah pun banyak dia dapat, ingat saja2ke uitm nak bg kat org,Kalau tak layak.. !!! Bkn gelemor je.. Otak pun kene ada.. Jgn jumut sgt.. Apa salahnye kalau bkn dri uitm pun..!!!
Ramai bekas siswazah yg menamatkan PHD or master dlm bidang pendidkan yg menganggur…mmg x layaklah kalo setakat brjaya dm bidang fesyen…rsa x relevn langsung..ke Pengarah UITM ni mmg dh biuulll..main tangkap muat sja..kita bkn jealous..p mmg hakikatnya x dpt diterima dik akal dik nun.
Comment terakhir Zaf Zeff paling tak boleh angkat. Kindly revise your grammar.
tkpe kak siti. setakat grammar je pon. kita pejam mata je la. lain la salah baca quran kan. takut Allah sambar petir je.
So that vivy can invest some . . .to the uni.all uni need an investment for the future. Xkisah la. Dia pon ade apa academic cert LSE lagi. Well u know ,education nowadays its a bussiness too. Mmg la hatta dolmat, yuna ,rizman ruzaini and etc ni layak sbb alumni tapi how abt investment? Skg xde duit susah nak ckp. Bukan hamba duit tp xde duit nak mati pon susah.
The question here is why a graduate not from UiTM being elected, not whether someone who graduated from Oxbridge/Harvard (I think the Harvard one you were referring to Ivy League colleges) being elected. The point is she can be from any university or colleges as long as she has shown her capabilities etc..than she can be part of the Lembaga Pengarah. I am sure not all the current UiTM Lembaga Pengarah graduated from UiTM. Ada salah ke… Just go buy her Duck scarves aje lah.. Jgn nak perbesarkan hal yg remeh temeh.
“Vivy merupakan graduan LSE”
lol then what about other malaysian Oxbridge/Harvard graduates? ?
Yang kau tu kuat kondem patutlah hidup tak pandai nak aman dan tenang. Biarlah dia jadi one of the BOD. Dia dilantik atau org lain sekalipun, yang kaki kondem tu tetap bodoh busuk hati. Bukan hal kau. Kau nak ckp banyak sangat, apa contribution kau ? Kalau just tahu nak kondem dan potpet all the time, tak payah lah ???