Rakam Filem Di Pawagam, Vivy Yusof Dikecam Teruk
Sebelum ini usahawan terkenal Vivy Yusof pernah meluahkan rasa kecewanya apabila ada pihak tidak bertanggungjawab didakwa menjual telekung tiruan jenama ‘dUCk’ dari Vietnam demi mengaut keuntungan.
Namun sejak semalam, nama Vivy Yusof menjadi bualan netizen di media sosial apabila beliau memuat naik sedutan filem Crazy Rich Asian menerusi Insta Stories.
BACA: 1 Juta dUCk Scarves Terjual Dalam Tempoh 4 Tahun
Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang pengguna Twitter yang mengatakan sedutan filem tersebut dalam berbentuk video dan bukannya gambar. Katanya lagi, larangan merakam di dalam pawagam adalah peraturan mudah tapi masih ramai orang diluar sana yang tidak boleh mengikutinya.
Seperti sudah dijangka, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang meluahkan rasa kecewa mereka dengan tindakan Vivy yang dikatakan tidak menghormati hasil kerja orang lain.
Ada juga yang mengatakan Vivy seorang yang cakap tak serupa bikin kerana perbuatannya itu juga sama seperti mencetak rompak. Tidak kurang juga ada yang mengatakan Vivy cuba mencetuskan kontroversi untuk meraih perhatian ramai.
Bagaimanapun, posting tersebut sudah pun dipadam daripada Insta Storiesnya, namun ada dikalangan netizen meminta agar Vivy dikenakan tindakan memandangkan beliau bukan sahaja membawa status sebagai selebriti malah ikon usahawan terkemuka.
- SUMBER
ingat terkenal dan kaya boleh buat apa saje ….errmmm
ko jelos kan hanat?
Ko pun sama patut kena penjara!
HAA GADO!!!
Kaya tak semestinye cerdik. Tapi tau gak la.. she’s actually a humsn like us. Pernah buat silap. Tapi ni kesilapan yang tak sepatutnya dia buat sbb ni sgt basic.
Munafik mcm Lopak!
Report polis!!! Ini kesalahan jenayah!!!!
Ya… ambil tindakan. Mana UMNO? Lol
Nanti buat mcm fatiha pura2 tak tau BIGO… Senang cerita… dia kan bertudung tentu ramai maafkan
Bagi hukuman ikut undang²…jgn org biasa wat abik tindakan…yg terkenal wat bodo je…dia ni setongkang ngn hajjahzouk…penungang agama kaut untung…ooppss fakezura gak..
simple ethics .. no video tapping in cinema.
Terbukti kaya tak semestinya bijak.yes a human has many flaws.but this kind of human cakap tak serupa bikin.ingat dengan wealth n fame tu bole langgar peraturan.vivy is so sick.dreamer elit sosialis
Biasalah spoilt insensitive brat turned bimbo. Macam ni lah contohnya. Tak heran. So stupid n insensitive to surrounding