fbpx

Netizen Persoal Laudya Cynthia Bella Kongsi Foto Raya Tanpa Suami

Sejak Februari lalu, rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran menjadi perhatian ramai apabila ada yang membuat spekulasi hubungan pasangan itu dilanda badai.

Ia susulan tindakan Laudya memadam kesemua fotonya bersama suami di Instagram termasuk gambar pernikahan mereka. Malah, Laudya turut dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

BACA: Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Sudah Tidak Tinggal Sebumbung?

Sempena Hari Raya, Laudya dilihat memuat naik fotonya berserta ucaapan ringkas. Bagaimanapun, di ruangan komen foto tersebut dibanjiri dengan soalan netizen yang tertanya-tanya mengenai keberadaan suaminya.

 

Malah, ramai yang tertanya-tanya mengapa pelakon popular Indonesia itu tidak lagi memuat naik gambar bersama suami.

Bagaimanapun, posting tersebut dipercayai merupakan muat naik berbayar daripada satu jenama popular antarabangsa.

Terdahulu, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan lagi berkongsi fotonya bersama Engku Emran kerana tidak mahu suaminya menjadi ‘target’ wanita perampas.