fbpx

Laudya Cynthia Bella, Engku Emran Sudah Tidak Tinggal Sebumbung?

Bulan lalu, rumah tangga Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran menjadi perhatian ramai apabila ada yang membuat spekulasi hubungan pasangan itu kini dilanda badai.

Ia susulan tindakan Laudya memadam kesemua fotonya bersama suami di Instagram termasuk gambar pernikahan mereka. Malah, Laudya turut dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya.

BACA: Laudya Cynthia Bella Padam Foto Bersama Suami, Foto Pernikahan

Lebih mencetuskan tanda tanya apabila pelakon Indonesia itu muncul di sebuah majlis baru-baru ini tanpa memakai cincin perkahwinannya.

Terbaru, timbul spekulasi mengatakan pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung. Menerusi media Indonesia, ada sumber mengatakan Laudya telah kembali menetap di Jakarta sementara suaminya di Kuala Lumpur.

Walaupun pelbagai khabar angin timbul mengenai rumah tangga mereka, bagaimanapun pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Emran dan Laudya mendirikan rumah tangga pada September 2017. Sebelum itu, Emran pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada tahun 2007 namun berpisah pada tahun 2014.