Netizen Panas Hati Aliff Syukri Kongsi Foto Tunggang Gajah
Pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri sememangnya sering menjadi perhatian, malah ramai yang menjadikan beliau idola untuk bergelar usahawan berjaya sepertinya. Baru-baru ini, Aliff Syukri ada memuat naik fotonya menunggang gajah ketika berada di Thailand.
Bagaimanapun, perkongsiannya itu membuatkan netizen ‘panas hati’ kerana ramai tahu gajah-gajah itu telah didera bagi menjinakkan haiwan tersebut dan dipaksa untuk membawa pelancong.
BACA: Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Dengan Duit KWSP
Rata-rata netizen mengecam usahawan itu dan mengatakan menunggang gajah seolah menyokong kepada penderaan haiwan tersebut.
Kata netizen lagi, meskipun sebelum ini sudah banyak perkongsian mengenai haiwan itu didera, namun ia masih tidak memberikan kesedaran kepada orang ramai termasuk usahawan tersebut.
Malah ramai yang meminta Aliff memadam gambar tersebut serta menggesa supaya berhenti serta tidak mempromosikan kekejaman terhadap haiwan. Tiak kurang juga ramai yang meluahkan rasa sedih melihat gambar gajah tersebut seolah dalam kesakitan.
- SUMBER
- Media Hiburan
Pu bu abu nak kawin lagi … Ada ramai yg gila ustaz ..betina betina tudung labuh berpurdah ….tapi perangai lebih miang dari miang rebung .
dah banyak kali org cakap, dia ni attention seeker je.. nakkan perhatian org.. bila kena kecam, nanti post video acah2 sedih gitu gini… dah boleh hafal skrip dia ni..
“KAYA TAPI MISKIN”
Mmg dia nak kasi korang bercakap sebab dia tahu korang kepoh.,
sesiapa yg penh pegi sana dn naik gajah tahulah nikmat kita naik dn apa nikmat gajah dpt.
Datok byrlah utk naik gajah tu bkn free, org2 yg membawa gajah tu dpt duit dn gajah dpt makan, dan gmbr mereka di ambil oleh jurufoto di kalangan pekerja2 gajah tu, ini secara x langsung memberi pendapatan pekerjaan kat org2 kt sana tu.
Lagipun byk gajah bkn sekor je, gajah akan melalui jln2 yg telah diajar oleh penunggang gajah tu, mkgn satu round dlm 1 jam meredah jalan2 yg dikhaskan. Itulah dia sumber pendapatan gajah dn pelatih gajah tu.
aku penah naik, terhuyang hayang gitu, apa2 pun mmg kita byr, lepas tu gmbr kita mereka (pekerja) ambil, dn mereka suruh kita beli..kalau kita x beli sian diorg..kalau x beli rasa mcm rugi pulak kenangan tau..
gajah kalau lapar, mana mahu bangun. Kalau dia kenyang (dpt makanan sbb pelancong beri wang sbb menunggang) maka gajah tu rajinlah jalan2 pusing2.
ingat free ke ha..
Ni aliff ka …punya nak gila glamour
tak lah, kulaan je..
aku penah naik, terhuyang hayang gitu, apa2 pun mmg kita byr, lepas tu gmbr kita mereka (pekerja) ambil, dn mereka suruh kita beli..kalau kita x beli sian diorg..kalau x beli rasa mcm rugi pulak kenangan tau..
gajah kalau lapar, mana mahu bangun. Kalau dia kenyang (dpt makanan sbb pelancong beri wang sbb menunggang) maka gajah tu rajinlah jalan2 pusing2.
ingat free ke ha..
Dato seronok tapi beban yang Gajah itu tanggung lagi berat.
Allah S.W.T beri akal dan fikir untuk hambaNYA berfikir.
Kita doakan sahaja yang baik-baik….