fbpx

Aliff Syukri Beli Kondo Mewah RM6 Juta Dengan Duit KWSP

Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek, perlulah bekerja keras dan berusaha lebih dari orang lain jika ingin mencapai sesuatu.

Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, beliau sememangnya menjadi idola ramai terutama anak muda. Mana tidaknya, di usia muda beliau berjaya membina sebuah mahligai mewah.

BACA: Alami Pendarahan, Isteri Aliff Syukri Mungkin Keguguran

Nampaknya, baru-baru ini Aliff sekali lagi berkongsikan beliau baru saja membeli sebuah kondo mewah bernilai RM6 juta di menara pusat beli-belah mewah, Pavilion, Kuala Lumpur

Menerusi satu entri di Instagram itu, Aliff memberitahu bukan niatnya untuk menunjuk tetapi untuk berkongsikan bahawa hasratnya untuk memiliki rumah di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur sudah pun tercapai.

Lebih menjadi perhatian netizen, Aliff memberitahu membeli rumah tersebut dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya, sekaligus menarik perhatian netizen.

 

“Dulu abang tanamkan azam kalau ada duit yang lebih abang nak ada rumah persinggahan abang sendiri, weekend house.

“Abang dapat membeli rumah ini hanya hasil duit KWSP abang..iyee duit KWSP abang. Lebih kurang 5 tahun abang niaga hasil daripada menyimpan KWSP abang dapat mempunyai rumah di sini… ini adalah salah satu impian abang,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberikan komen positif kepada usahawan tersebut yang menyifatkan perkongsian tersebut dapat membakar lagi semangat untuk mereka juga berjaya seperti Aliff Syukri.