fbpx

Bersara Jadi Penyanyi Nasyid, Suhaimi Saad Dah Rekod Lagu Rock Kapak

Baru-baru ini, bekas anggota kumpulan Inteam iaitu Suhaimi Saad mengumumkan dirinya meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid. Bagaimanapun, Suhaimi berkata ramai yang salah faham dengan statusnya itu.

Menurut Suhaimi, dia hanya tidak mahu menjadi penyanyi nasyid sahaja tetapi akan mengetengahkan genre lain pula dalam bidang muzik.

BACA: Suhaimi Saad Letak Jawatan Sebagai Penyanyi Nasyid

“Itu hanyalah salah faham. Saya hanya letak jawatan sebagai penyanyi nasyid sahaja. Saya akan menyanyi selagi ada suara, InsyaAllah tanpa title nasyid pun kita masih boleh terus menyanyi.

“Malah sasaran dan audience mungkin lebih luas (jika mencuba selain genre nasyid),” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata dia akan terus berkarya menerusi kumpulan Bismillah yang dianggotai oleh isterinya, Ina Naim dan anak-anak.

“InsyaAllah Bismillah akan release album dalam bulan ini. Kami akan terus bawa genre-genre lain selepas ini yang masih lagi berkonsepkan ketuhanan serta membawa maksud mesej positif.

“Dalam nasyid sendiri ada irama pop,balada, asli malah rock. Sekarang saya baru sahaja siap rekod demo sebuah lagu rock kapak berjudul Kadang-Kadang Rindu, Kadang-Kadang Lupa,” katanya.