Netizen Minta Maaf Pada Caprice
Sejak dua bulan lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dengan penyanyi rap, Caprice berhubung misi bantuan di Gaza, Palestin.
Susulan pendedahan Caprice, penyanyi itu dikecam teruk oleh netizen sehingga ada menerima banyak ugutan bunuh. Malah, Caprice memaklumkan dirinya kurang selamat
BACA: Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka
Bagaimanapun, sejak tular isu melibatkan pendakwah itu baru-baru ini, ramai netizen tampil meminta maaf kepada Caprice kerana pernah mencaci serta bersangka buruk terhadap penyanyi itu.
Berkongsikan mesej permohonan maaf diterima daripada netizen, Caprice berkata tidak sangka ramai meminta maaf kepadanya serta sebak kerana banyak simpan perasaan selama tiga bulan ini.
Dalam pada itu, Caprice turut memohon maaf seandainya ada menyakiti hati mana-mana pihak atau caranya sebelum ini agak kasar.
Semalam, menerusi satu perkongsian, Caprice meminta agar Ustaz Ebit Lew memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain. Kata Caprice lagi, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan serta mendoakan individu tersebut kembali bertaubat.
Jgn jatuh RIAK bila netizen minta maaf.. Relax je bro jgn tunjuk desprate. Walaupun dosa tu Allah yg tahu betul atau tidak. Sebab masih dlm siasatan kan..kalau betul Uel bersalah tu nafsu dia. Tapi kebaikan dia tolong manusia jgn nafikan..
Adik beradik family pun belum tentu boleh tolong bila kita susah. Aib ko Allah simpan lagi. Jgn skandal ko pun tular video ko pulak. So jgn suka sebar Aib lucah2 ni guysz.. Takut Allah balas nanti.
Eww eww eww.. not fan for both.. tapi,perlu ke?
Nk mintak maaf sbb apa? Betul la aku kata yg si caprice ni pegi Gaza tkde manfaat apa2.
Bnde2 mcm ni x mnggmbrkan apa2. Sape2 pun boleh type meset tu. Ko kawan ko byg ko.. atau fake acc yg lalang ditiup angin.
Betul ka ada netizen minta maaf? Tunjuklah ig sorang sorang. Macam tak caya ja netizen Malaysia ni minta maaf kat kau Caprice. Belum terbukti lagi UEL guilty kes gangguan seksual tu. Entah Deep Fake. Beriya benar, try hard. Kelakar doh, netizen Malaysia tentera bawang
Masa sih netijen Malaysia sebaik dan semudah itu meminta maaf?
Perlu mohon maaf sbb malaikat catat segala cacian sebelum ini…bahkan ajaran islam dn sunnah nabi saw juga mohon maaf dn memaafkan ni….kebenaran biarlah Allah yg menentukan…
Mak doakan semoga Caprice cepat bertemu jodoh dan nikah. Penat mak tengok Caprice asyik merengek di ig kalah perempuan tulen. Mak harap kau bahagia la noks! Tak payah heboh nak perhatian lagi. Baik kau nyanyi buat lagu rap happy tak kacau orang.
Perlu ke bgtau org mintak maaf kalau mmg ikhlas memaafkan????pelik tul la ko ni