fbpx

Caprice Mahu Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video lucah didakwa mirip Ustaz Ebit Lew sehinggakan ada netizen mendedahkan bukti mendakwa lelaki dalam video berkenaan adalah pendakwah tersebut.

Tidak hanya setakat itu, pendakwah bebas Firdaus Wong Wai Hung menerusi Telegram mendedahkan rakaman suara dan perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew.

BACA: Caprice Isytihar Perang Terhadap Predator Seksual, Munafik

Jika anda masih ingat lagi, pada Julai lalu penyanyi rap Caprice berkata dia tidak akan berdiam diri lagi memandangkan banyak ugutan diterimanya serta mengatakan selama ini satu Malaysia telah ditipu.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Caprice meminta agar Ustaz Ebit Lew memohon maaf secara terbuka kepadanya dan orang lain.

Kata Caprice lagi, setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan serta mendoakan individu tersebut kembali bertaubat.

Terdahulu, susulan pendedahan tersebut Firdaus Wong berkata dia dan pasukannya sudah bersedia jika ada pihak mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.