fbpx

Netizen Meluat PU Abu Kongsi Kisah Pikat Hana Azraa

Meskipun kontroversi menceraikan isteri ketika sarat hamil sudah pun berakhir, namun kisah rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu masih lagi menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, dalam sebuah program televisyen PU Abu berkongsikan ceritanya memikat isterinya, Hana Azraa.

Menerusi program tersebut, PU Abu tanpa segan silu bercerita tentang detik-detik percintaan mereka sedangkan ketika itu masih lagi bergelar suami kepada Ain Afini.

BACA: Hana Azraa Kenal PU Abu Sejak Lima Tahun Lalu

Mungkin masih ramai yang masih tidak boleh melupakan kontroversinya sebelum ini, netizen meluahkan rasa meluat dengan sikap PU Abu yang terlalu ingin menunjukkan kemesraan mereka kepada umum.

Tidak kurang juga ada netizen menempelak program tersebut kerana menjemput pasangan itu untuk ditemubual. Kata netizen lagi, pendakwah muda itu sepatutnya diboikot daripada muncul di kaca televisyen.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.