fbpx

Hana Azraa Kenal PU Abu Sejak Lima Tahun Lalu

Kemelut rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu dengan bekas isteri Ain Afini sudah pun berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai talak dua minggu lalu.

Sebelum ini teruk dikecam netizen, isteri kepada PU Abu iaitu Hana Azraa mengakui adakalanya dia tidak kuat untuk berdepan dengan kecaman netizen sehingga dirinya menangis.

BACA: PU Abu Mengaku Nikah Dengan Hana Secara Sah Di Malaysia

Masih lagi menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya, Hana memberitahu dia bertindak demikian kerana tidak mahu memberi peluang kepada netizen melemparkan fitnah dan kata-kata negatif.

“Kadang-kadang tak kuat juga. Saya menangis je cuma tak update. Bersangka baik dan berada di sekeliling orang-orang positif.

“Bila nak on komen di Instagram? Nanti ya. Sebab saya tak nak buka ruang untuk kalian menfitnah, bergaduh, aib, maki dan sebagainya.

Menjawab persoalan daripada netizen menerusi Insta Story, Hana turut memberitahu dia mengenali PU Abu kira-kira lima tahun lalu. Dalam pada itu, Hana juga turut memohon maaf andai komen balas yang ditinggalkan menyakiti hati sesiapa.

Terdahulu PU Abu menceraikan isterinya yang sarat hamil dan difahamkan penceraian itu berlaku kerana memilih untuk bernikah dengan seorang wanita bergelar janda bernama Hana Azraa.