Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.
Malah, anak perempuanya Aaisyah Dhia Rana juga turut menjadi perhatian kerana dikatakan persis ibunya yang suka bergaya dan mengenakan mekap meskipun baru berusia 8 tahun.
BACA: Sambut Anniversary Ke-9, Che Ta Sarung Busana Harga RM80,000
Baru-baru ini, Che Ta sekeluarga meluangkan masa bercuti di Bali, Indonesia dan tidak lokek berkongsikan momen percutian mereka di Instagram.
View this post on Instagram
Malah, turut menjadi perhatian perkongsian di Instagram Aaisyah memaparkan kanak-kanak itu sedang bersantai di tepi pantai dilihat sangat bergaya bersama cermin mata hitam.
Malah, turut menjadi perhatian perkongsian di Instagram Aaisyah memaparkan kanak-kanak itu sedang bersantai di tepi pantai dilihat sangat bergaya memakai gaun merah jambu bersama cermin mata hitam.
Meskipun ramai yang memuji kecantikan Aaisyah, namun ada yang mengkritik Che Ta kerana membiarkan anak berpakaian sedemikian di usia kecil. Kata netizen lagi, didikan anak mengenai aurat sepatutnya bermula dari kecil.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan Aaisyah dilihat dewasa sebelum usia serta menegur Che Ta supaya membiarkan Aaisyah menikmati zaman kanak-kanak.
Dalam pada itu, ada yang berpendapat sudah pasti Che Ta ada caranya sendiri untuk mendidik anaknya serta meminta netizen tidak masuk campur.