fbpx

Netizen Korek Kisah Lama, Ruhainies Pernah Skandal Dengan Datuk Red?

Pagi semalam kehadiran pelakon dan penyanyi Bella Astillah di pejabat agama Islam pada jam 2.40 pagi akhirnya terjawab apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon wanita.

Turut menjadi perhatian ketika Bella disana turut kelihatan kelibat seorang wanita mengenakan baju berwarna hitam berada di sebelah isteri Aliff Aziz itu.

BACA: Ruhainies & Aliff Aziz Bebas Dengan Ikat Jamin, Bakal Didakwa Berkhalwat

Meskipun mengenakan pelitup muka, namun netizen mendakwa individu itu adalah penyanyi Adira Suhaimi. 

Memetik Oh Bulan, rata-rata netizen berteka teki mengenai hubungan Adira dan Bella serta ada yang mengungkit kisah lama membabitkan suami penyanyi itu dengan Ruhainies.

Terdahulu, nama Ruhainies dikaitkan dengan Datuk Red selepas tular video mereka berpelukan ketika menaiki eskalator di sebuah pusat beli belah. 

Bagaimanapun, Datuk Adnan berkata hubungannya dengan Ruhainies sudah pun berakhir selepas perkara itu diketahui Adira.