Dua lagunya iaitu Sembah dan Adakah Kau Menungguku gagal mara ke Anugerah Juara Lagu 35, penyanyi Naim Daniel mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan selama ini.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu, Naim turut memuat naik video sedang mengelap trofi Juara Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang dimenanginya tahun lalu.
BACA: Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila dua karya Juara AJL34 itu tidak terpilih. Bagaimanapun, ramai yang memberikan semangat kepada Naim agar tidak bersedih dan terus berkarya.
Netizen turut menitipkan kata-kata positif jika tiada rezeki di AJL mungkin akan ada rezeki lebih baik menanti.