fbpx

Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keruan

Baru-baru ini perkongsian terbaru Naim Daniel menarik perhatian ramai apabila penyanyi dan pelakon itu memuat naik sekeping foto memaparkan dirinya dalam keadaan tidak berbaju.

Foto tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi dikalangan netizen terutamanya para gadis yang menyifatkan foto berkenaan cukup seksi apatah lagi memaparkan bahagian dadanya yang berbulu  secara dekat kepada peminatnya.

BACA: Naim Daniel Sebak Nampak Wan Emir Genggam Erat Tangan Mira Filzah

Dalam pada itu, beberapa rakan artis juga turut mengusiknya dengan imejnya yang tidak berbaju itu. Malah, ada netizen yang turut mempertikaikan tindakan peminat para gadis yang seolah-olah tidak keruan melihat gambar tersebut.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan pasti ada perempuan yang akan menjadikan gambar berkenaan sebagai wallpaper telefon.

Meskipun gambar tersebut dihujani dengan pelbagai komen namun Naim hanya membiarkan komen-komen tersebut tanpa memberi sebarang respons meskipun ada yang cuba memintanya memadamkan gambar ‘mengundang’ itu.