Netizen Kecam Fesyen Aina Abdul Ganggu Penonton Belakang?
Sebut saja nama Aina Abdul, pasti semua tahu penyanyi itu sering tampil dengan imej dan fesyen luar biasa serta lain daripada yang lain.
Baru-baru ini, Aina tampil dengan imej berturban tinggi sebagai juri tetap program realiti Big Stage dikritik oleh netizen.
BACA: “Aina Abdul Bersahaja Nyanyiannya, Tidak Terlalu Menjerit” – Ketua Juri
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Aina dilihat ada memuat naik busana berwarna hijau neon yang digayakannya untuk konsert tersebut.
Namun, di ruangan komen ada netizen meminta pasukan penata gaya penyanyi itu menilai semula konsep yang digayakan oleh Aina kerana dilihat agak keterlaluan dan harap dapat disesuaikan mengikut keadaan.
Kata netizen lagi, mereka turut meminta pasukan tersebut supaya memikirkan tentang penonton yang duduk di belakang kerana tidak dapat melihat persembahan di hadapan.
Cubalah sesekali jd manusia normal..tak perlu nak beria sgt..tak perlu nk jadi mcm lady Gaga semata2 nak dikenali…the world has one lady Gaga and that’s it..we don’t need another.
Itu beza Siti, Aisyah, Sharifah Aini, Saloma dan penyanyi2 lejen dulu2. X perlu la nk propa lebih2 utk up diri sbb bakat mrk mmg akan sentiasa dikenang sampai bila2 hanya melalui suara merdu dan lagu2 yg hebat;
Kesian jugak tengok Aina ni. Sebab muka tak cantik dgn berlubang2nya, hidung kembang & kempis & bibir tebal mcm org asal, jadi dia cuba menarik perhatian org melalui fesyen pakaian yg mcm sampah. Fesyen yg tiada kelasnya & sesuai utk program maharaja lawak. Cuba pakai baju kurung ke, kebaya & jubah biasa. Mungkin akan nampak sweet. Tak cantik tak apa Aina. Itu kan anugerah Allah. Terima lah seadanya & sentiasa bersyukur.
setuju dgn Less is More, sb blh nampak budak ni try hard sgt nk jadi Lady Gaga Msia. Dia dah ada bakat so x yah la nk pelik2 sgt pakaian tu sb mmg org akn kenal. Skali skala ok la nk berpakaian pelik tp dia ni mcm setiap kali berpakaian mesti pelik.