fbpx

Tahun kedua memenangi vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu, Aina Abdul bersaing sengit dengan Ernie Zakri dan Marsha Milan di pentas AJL37 semalam.

Memetik mStar Online, ketua juri Datuk Mokhzani Ismail berkata barisan juri sukar untuk mencari kesalahan dalam nyanyian Aina.

BACA: Aina Abdul Berhabis RM90,000 Untuk AJL, Dedikasi Persembahan Untuk Arwah Bapa

“Aina bukanlah menang mudah untuk kategori vokal kerana tiga kedudukan teratas  juga turut menyenaraikan Ernie dan Marsha.

“Susah nak cari kepincangan Aina dari segi pitching, ekspresi dan dinamik. Semua elemen itu ada dalam persembahan Aina.

“Ernie dan Marsha juga bagus. Namun untuk persembahan  Marsha apabila terlalu menjerit boleh memerangkap dan keselesaan penyanyi itu juga dilihat ketika banyak bermain vokal,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhzani berkata Aina menyampaikan lagu dengan bersahaja dan tidak terlalu menjerit serta mengolah suara yang disifatkan tidak mudah.

“Kita lihat Aina Abdul bersahaja nyanyiannya tidak terlalu menjerit, towards the end bagaimana dia mengolah suaranya mengikut gubahan penggubah malam ini, yang saya rasa tak mudah.

“Ia berlainan dengan gubahan di dalam album. Jadi kelebihan berpihak pada Aina mengatasi markah Ernie dan Marsha. 

“Saya dapat katakan Marsha di tempat kedua dan Ernie di tempat ketiga. Saya melihat tiga terbaik itu adalah mereka,” katanya.