Sempat menyiarkan eposid pertama, sejak Ahad lalu program realiti TV All Together Now Malaysia hangat diperkatakan berikutan dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Rata-rata mengecam pihak yang terlibat dalam program berkenaan termasuk golongan artis yang juga selaku 50 juri dalam rancangan tersebut.
BACA: All Together Now Malaysia Dihentikan Sementara Waktu
Namun, lebih menjadi perhatian ramai apabila anak kepada Menteri Pertahanan Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob iaitu penyanyi Dafi yang merupakan salah seorang juri turut dikecam teruk oleh netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati susulan dakwaan berlakunya pelanggaran SOP. Malah, netizen berpendapat Dafi sepatutnya menunjukkan contoh yang baik memandangkan dia merupakan anak menteri.
Tidak kurang juga ada yang memberikan komen sindiran mungkin anak menteri boleh dan artis boleh melakukan apa sahaja sedangkan rakyat marhaen perlu duduk di rumah dan patuh SOP.
Semalam, pihak penerbitan memutuskan untuk menghentikan program sementara sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.