fbpx

All Together Now Malaysia Dihentikan Sementara Waktu

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai program hiburan All Together Now Malaysia yang menghimpunkan seramai 50 selebriti sebagai juri sekaligus mengundang rasa tidak puas hati dikalangan netizen.

Hanya sempat bersiaran bagi episod pertama, pihak penerbitan memutuskan untuk menghentikan program sementara sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai.

Sementara itu, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad menjelaskan rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0).

Katanya lagi, set program itu dibina dengan mengambil kira penjarakan fizikal dengan jarak 1.5 meter serta turut mempunyai penghadang lutsinar.

“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan COVID-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula dan hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman,” katanya.

“Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,” katanya.

Terdahulu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran SOP.