fbpx

Netizen Kata Muka Isteri Haqiem Rusli Iras Kak KM

Sejak sebulan lalu, imej terbaru isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea yang tampil tidak bertudung mengundang kecaman ramai.

Baru-baru ini, Anis dilantik menjadi duta sebuah produk kecantikan namun penampilannya ketika menghadiri pada majlis pelancaran dikritik netizen.

BACA: Buka Ruangan Komen, Foto Isteri Haqiem Rusli Dipenuhi Kecaman

Selepas rambutnya dikritik seperti tidak ‘siap’ sebelum ini, video Anis membuat tarian lagu nyanyian Jisoo Blackpink untuk mempromosikan produk kecantikan tersebut menjadi perhatian.

@laurelbofficial

Cantiknya our Malaysian Sweetheart @anis sofea ??? Memati ingat Jisoo @blackpinkofficial tadi. So in love with her skin OMG! ? Anyway, khas buat 1000 orang terawal, jom redeem Mixberry by clicking the link in bio now ?? #fyp? #fyp??viral #foryoupage #mixberry #mixberrypowder #foryou #viral #trending #anissofea #anissofeaz #jisoo #blackpink #flowerchallenge #flower #jisooflower

? original sound – Laurel B – Laurel B Official

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan wajah Anis mirip usahawan sensasi Kak KM apabila tidak lagi bertudung. Kata netizen lagi, jika sebelum ini bertudung Anis dilihat seperti Hanis Zalikha, namun kini seperti Kak KM.

Dalam pada itu, netizen turut menepis kapsyen video tersebut yang mengatakan wajah Anis mirip Jisoo serta ada yang mengatakan isteri kepada Haqiem Rusli itu lebih cantik bertudung. Sementara itu, ada yang berharap agar Anis akan kembali bertudung seperti sebelum ini.