fbpx

Netizen Indonesia Dakwa Lalat Di Dahi BCL Jelmaan Arwah Suami

Minggu lalu pernikahan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari menjadi perhatian ramai apabila sah menjadi isteri kepada Tiko Aryawardhana selepas tiga tahu bergelar ibu tunggal.

Rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan BCL bersama suaminya. Namun, ada yang masih belum move on dengan kehidupan BCL bersama Allahyarham Ashraf Sinclair.

BACA: Aishah Sinclair Sifatkan Tiko Lelaki Yang Tepat Buat BCL

Baru-baru ini, tular foto dikongsikan seorang Maia Estianty bersama BCL dan juga suaminya gara-gara seekor lalat hinggap di dahi penyanyi itu.

Diruangan komen muncul komen-komen merepek daripada netizen Indonesia sehingga ada yang mendakwa lalat itu mungkin jelmaan arwah suami yang memberi kucupan terakhir untuk isterinya.

Sementara itu, memetik laporan Suara.com, Maia berkata dia hanya mempunyai dua gambar saja bersama BCL serta mengatakan itu hanyalah lalat yang masuk bergambar bersama.

“Ini sebenarnya salah saya bila upload gambar kami bersama. Sebenarnya saya cuma ada dua keping foto dengan BCL dan Tiko jadi saya upload sahaja.

“Saya tidak edit atau apa jadi memang tidak perasan kalau ada lalat dirakamkan. Terus ada yang memberi komen berbaur mistik.

“Saya ini orangnya berfikir logik. Jangan macam-macam. Itu lalat. Hanya lalat yang mahu masuk dalam foto bersama,” katanya.