fbpx

Aishah Sinclair Sifatkan Tiko Lelaki Yang Tepat Buat BCL

Penyampai radio, Aisyah Sinclair meluahkan rasa syukur kakak iparnya penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari bertemu dengan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik

Menerusi perkongsian di Instagram, Aishah berkata dia sentais mendoakan agar Bunga menemui cinta serta kebahagiaan kembali.

BACA: Tular Video BCL, Suami Didakwa Mabuk ‘After Party’

Menurut Aisyah lagi, dia turut berharap Bunga dikurniakan lelaki yang menerima keluarga Sinclair dalam hidup kakak iparnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aishah Sinclair (@aishahjennifer)

“Doa saya kepada BCL ialah berharap menemui cinta dan kebahagiaan semula. Namun harapan itu bukan sahaja menyayangi BCL dan menjadi ayah yang baik kepada Noah tetapi menerima kami iaitu keluarga Sinclair sebagai sebahagian daripada hidup BCL,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aishah berkata kehadiran Tiko adalah perkara yang tepat serta berterima kasih buat lelaki itu kerana menyayangi keluarga Sinclair.

“Tiko adalah orangnya. Sejak hari pertama kita bertemu,  anda menunjukkan betapa hebatnya diri anda. Saya gembira dengan kehadiran anda dalam keluarga kami,” tulisnya.

Terdahulu, BCL selamat dinikahkan oleh bapanya, Muchlis dengan Tiko Aryawardhana yang merupakan duda kepada tiga cahaya mata.