Terdahulu, status rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimanapun, hubungan mereka yang dikhabarkan berdepan masalah itu sudah kembali pulih menjelang awal Ramadan apabila Nabila memuat naik video berkongsikan tentang perkembangan anaknya, Jebat Jayden pertama kali menyebut perkataan ‘Baba.
BACA: Netizen Gembira Hubungan Sharnaaz & Isteri Pulih Menjelang Puasa
Menerusi video yang dikongsikan menerusi Instagram itu, turut kedengaran suara Sharnaaz bermain dengan anak kesayangannya.
Terbaru, Sharnaaz dilihat memuat naik foto bersama isteri dan anaknya di Instagram. Menerusi satu entri, Sharnaaz mengucapkan terima terima kasih kepada dua orang wanita yang telah bantu membelikan nasi ganja Ipoh untuk juadah berbuka puasa.
Gambar yang dimuat naik bersama dua wanita itu, turut mempamerkan Sharnaaz dan Nabila yang tersenyum seakan sedang mengecapi kebahagian semula dan jelas terpancar kebahagiaan di wajah mereka.
Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan pasangan itu sudah kembali pulih sedia kala. Malah ramai yang mendoakan semoga kebahagiaan keluarga ini kekal selamanya.
Semoga kasih sayang mereka kekal utuh dan kita doakan yang terbaik buat pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke Jannah. Seperti kata ungkapan, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.