fbpx

Netizen Gembira Hubungan Sharnaaz & Isteri Pulih Menjelang Puasa

Sejak Februari lalu, status rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila terus menjadi tanda tanya netizen apabila masing-masing dilihat memuat naik status luahan hati di media sosial.

Malah, kedua mereka memilh untuk mengunci mulut dan tidak memberikan sebarang komen berhubung gosip berkenaan.

BACA: Spekulasi Rumah Tangga Bermasalah, Ini Respon Noor Nabila

Nampaknya, hubungan mereka yang dikhabarkan berdepan masalah itu kini semakin pulih apabila Nabila memuat naik video berkongsikan tentang perkembangan anaknya, Jebat Jayden pertama kali menyebut perkataan ‘Baba’.

Menerusi video yang dikongsikan menerusi Instagram itu, turut kedengaran suara Sharnaaz bermain dengan anak kesayangannya yang menjadi perhatian ramai.

https://www.instagram.com/p/BxEVSOBgjY3/?utm_source=ig_embed

Diruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan gembira melihat hubungan pasangan itu sudah kembali pulih sedia kala menjelang bulan Ramadan.

Malah, netizen juga turut berharap hubungan Sharnaaz dan isteri baik-baik sahaja serta mendoakan semoga kasih sayang mereka kekal utuh. Apa pun kita daoakan yang terbaik buat pasangan ini agar kekal bahagia hingga ke Jannah.