Hanya mampu bertahan selama lima tahun, mahligai rumah tangga Radhi OAG dan Syahira Ayu akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu disahkan bercerai talak satu semalam.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Namun sejak semalam, video temubual Radhi mengenai isu perceraiannya oleh satu portal berita menjadi perhatian netizen.
Radhi dilihat tenang menjawab soalan daripada wartawan, namun netizen mengatakan perlakuan vokalis OAG itu agak pelik seolah sedang khayal.
BACA: Radhi OAG & Ayu Sah Bercerai Talak Satu
Malah, ramai yang meninggalkan komen ‘kacip’. Seorang netizen turut menjelaskan istilah ‘kacip’ digunakan oleh mereka yang mengambil dadah merujuk seseorang itu sedang khayal.
Bagaimanapun itu hanyalah dakwaan netizen semata-mata dan diharap tiada pihak membuat spekulasi liar mengenai isu berkenaan. Terdahulu, Radhi mengakui pernah terjebak dengan bahan terlarang itu sejak zaman remajanya.