fbpx

Netizen Dakwa Pengurus Media Sosial Noor Kartini Jadi Kambing Hitam?

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai perkongsian ibu selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini yang dipercayai mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Tampil menjelaskan situasi sebenar perkara itu, Noor Kartini berkata ianya merupakan kecuaian salah seorang pekerja yang menguruskan media sosialnya itu.

BACA: Noor Kartini Mohon Maaf Kepada Sultan Johor

Menerusi satu perkongsian di Instagram, seorang wanita merupakan pengurus media sosial Noor Kartini tampil memohon maaf berhubung perkongsian tular itu.

Wanita bernama Zulshafiqah Zulkafli itu mengakui tersilap memuat naik perkongsian berkenaan serta menjelaskan penulisan itu bukanlah ditulis olehnya mahupun Noor Kartini tapi diambil daripada sumber lain sebagai rujukan sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka (@zulshafiqah)

Bagaimanapun, ada segelintir netizen meragui kesahihan cerita wanita itu serta hairan kerana hasil tinjauan mendapati wanita berkenaan dilihat tidak seperti memegang jawatan sebagai pengurus media sosial.

Tidak kurang juga ada netizen mendakwa wanita tersebut menjadi kambing hitam serta menerima bayaran bagi menutup kesalahan.

Terdahulu, Noor Kartini berkata dia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut dan akan memberi kerjasama sepenuhnya. Kartini turut memohon maaf kepada Sultan Johor di atas kecuaian yang dilakukan oleh pekerjanya itu.