fbpx

Netizen Cadang Bekas Madu Miera Leyana Tuntut Harta Sepencarian 28 Tahun

Umum mengetahui hari ini suami kepada pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman menceraikan isteri pertamanyanya, Abidah Abd Mutalib dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Selepas selesai prosiding tersebut, peguam syarie yang mewakili Adibah berkata anak guamnya belum bersedia untuk memberi kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

BACA: Suami Miera Leyana Bakal Adakan Sidang Media Tentang Isu Cerai Dengan Adibah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Menerusi temu bual bersama Hlive, peguamnya berkata Adibah cuba pertahankan rumah tangganya namun jodoh mereka hanya sampai disini sahaja.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang mencadangkan kepada Adibah untuk menuntut harta sepencarian dan hutang daripada bekas suaminya itu.

Komen daripada individu itu turut disambut oleh netizen lain yang bersetuju dengan cadangan tersebut supaya menuntut segalanya dan tidak hanya berdiam diri.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dengan nasib menimpa Adibah itu apatah lagi dia cuba pertahankan rumah tangga yang dibina selama 28 tahun itu namun akhirnya bertemu titik noktah.