Suami pelakon Miera Leyana iaitu Rosland Othman bakal mengadakan sidang media dalam waktu terdekat berhubung perceraiannya dengan bekas isteri, Adibah Abdul Mutalib.
Memetik Harian Metro, perkara itu dimaklumkan oleh ibu mentuanya, Aisah Abdullah kepada pihak media ketika hadir menemani Rosland di mahkamah.
BACA: “Saya Kahwin Sebab Jodoh, Memang Dia Untuk Saya” – Miera Leyana
“Kami akan membuat sidang media, harap boleh bekerjasama,” katanya ringkas dan berlalu pergi meninggalkan mahkamah.
Hari ini, Rosland melafazkan cerai talak satu kepada Adibah tepat jam 10.50 pagi tadi, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
ketika di hadapan hakim, Rosland berkata dia membuat keputusan untuk lafaz cerai itu selepas tiada lagi persefahaman dan tiada perasan sayang terhadap Adibah.