“Netizen Bersifat Negatif Tak Layak Dapat Layanan Saya”
Kisah peribadinya sering diperkatakan berbanding kerjayanya dalam industri hiburan tanah air, ramai netizen seakan mula bosan dengan Ruhainies. Malah, apa saja berita yang dilaporkan mengenai pelakon itu pasti akan dikecam.
Ruhainies mengakui dia juga tidak dapat lari daripada sikap netizen yang sering mencari kesalahannya, bagaimanapun dia enggan melayan perkara negatif yang ditimbulkan oleh ‘haters’.
BACA: “Kacau Kekasih Saya, Cubalah Kalau Yakin Boleh Dapat”
Artis antarabangsa pun tertekan sehingga mengelami depresi, apatah lagi saya… Saya juga rasa sedikit tertekan jika berdepan dengan kerenah netizen.
“Bagi saya, pegangan agama itu sangat penting. Bila rasa stress, fikirkan mengenai orang yang sayangkan kita. Kita ada keluarga dan rakan-rakan yang sayangkan kita, jadi jauhkan diri dari aura negatif,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia akan menyekat netizen yang meninggalkan komen melampau, malah akui terkejut dengan sikap pengguna media sosial yang berani mengeluarkan kata-kata makian.
“Ada segelintir netizen makin lama makin melampau. Bila nak kutuk tu, mereka kutuk macam tiada hari esok… Kadang-kadang terkejut melihat mereka mengeluarkan kata-kata makian paling maksimum.
“Bagi saya, jika ada yang melampau, sekat sahaja. Itu ubat yang paling mujarab untuk mereka. Saya hanya mahu mengekalkan suasana positif dan tak membalas perkara yang bukan-bukan. Mereka yang bersifat negatif tidak layak mendapat layanan saya,” katanya lagi.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sapa mau peduli layanan ko.bukan ko bg duit pun.aku x heranla ko nak pung pang pung pang dgn kekasih ko.perasan sangatttttt ko ni makcik
Why are we soo concern about her layanan in the first place?? and kenapa asyik cerita dia ni? dah takda artis lain ke yg worth the news? Yukss!!
Kami pun xnk layanan ko lah… gosip basi ko xhabis2 jantan.. jantan je ko!
Boring to the max, next?
Statement mcm ni pun jadi headline?
Terpaksa la cerita x penting nu kt wartawan utk kekal relevan dalam industri…padahal diambang kesenduan.
dik, yang lapo perhatian tu ngko….lain kali org lain kecam tenang2 jah….Ko pun sjenis sendu tapi nan hadoooo!
layanan si minah montel meow meow lagi berharga..
Dik kita orang pun tak minat nak dengar pasal ko dengan bf. Tapi ko yang jual cerita. Tak kan lah nak dengar benda baik kalau dah ko sendiri yg mengundang. hurm..
“Bagi saya, pegangan agama itu sangat penting”. First nak tanya agama mana yg ko maksudkn ek? Nk kata ISLAM. MMG X AH. SEDIKIT pun aku xnmpk agama islam pegangan ko. Kot agama lain aku xtau le.
Such attention seeker gold digger.
tak de netizen pon yg kebulor lapar layanan ko..ko je yang perasan lebehhh!!!