“Kacau Kekasih Saya, Cubalah Kalau Yakin Boleh Dapat”
Sudah hampir tiga tahun menyulam cinta dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr E, Ruhainies mengakui ada dugaan yang perlu dihadapi sama seperti pasangan bercinta yang lain.
Malah, Ruhainies mendedahkan ada sahaja wanita yang cuba mengganggu kekasihnya, malah ada juga dikalangan artis yang mahu mencuba nasib. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia tetap positif dan percaya pada takdir Allah.
BACA: Ruhainies Dedah Kekasih Mahu Cepat-Cepat Kahwin
“Tipulah kalau bercinta tidak ada dugaan. Saya pun macam orang lain juga, ada pancaroba dalam perhubungan. Ada juga orang yang cuba kacau kekasih saya.
“Buat saya lebih keliru, dalam kalangan artis pun ada yang mencuba nasib. Apabila jumpa depan mata, pijak semut pun tak mati. Belakang saya, mereka galak mencuba. Konsep saya mudah saja, kalau yakin boleh dapat, cubalah,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak terburu-buru untuk berkahwin kerana ingin memberi laluan kepada kakaknya, Risteena untuk berumah tangga terlebih dahulu.
“Saya nak tunggu kakak dulu dan kalau boleh tak mahu melangkah bendul. Namun, kalau ditakdirkan saya berkahwin dulu sebelum kakak, saya okey.
“Kekasih saya pun ada bercakap dengan saya, kalau boleh nak mempercepatkan supaya kami dapat hidup bersama. Bagaimanapun, seboleh mungkin saya nak bertunang dulu. Lagipun, saya masih muda,” katanya.
sape yg nak try tu? cleopatra X3 ke?
Mcm kera dpt bunga! Next?
Ko ni batch Mira kan? Eee xde kisah lain ke.. jantan.. jantan.. tolong senyap la hawau. Org lain popular dpt anugerah ko dpt apa?
Jgn ckp takbur: Blum kawin dia Blum npk kau tk pakai bedak tebal. Cuba da kawin dok 1 Rumah kau tk pakai bedak tebal..
ko, bella, haneesya..: x habis2 spin isu basi.
“Mak Esah” dah bagi warning tu….Don’t play play…. Siapa yg berani caras tunang dia… Mulut dia terkemut kemut tujuh keturunan Ferrari…gichewww
booo..basiiii.
Jangan cakap besar wehhh.. kang Bang Sajat try boipren ko karang… baru taw!
Eee..angkuh nye awk,ykin nya awk.hsbnd n wfe pn blh cerai wooo.jgn over ykin slgi blum kwin yaa,Allah Maha Mendengar.
Minah..minah…( tersedak kucing aku)..rasanya baru smlm kata tak nok cerita hal lover boy. hehe…
Mesti dulu dia ni try hard
Allah kacau nanti pisahkan kau..
so apa kau nk buat…
…contoh manusia pendek akal
mcm budak skolah ..akainya
dia ni klu kuar dlm blog2 mmg cerita psl bf dia ja.. x pernah kuar cerita psl perkembangan kerjaya/kejayaan yg dicapai selama jd pelakon(ada pencapaian ka?)
Haih mentang ii dapat dapat bf pakai ferari dah ego. Kawin jer lah apa nak kesah. hati lelaki ni cepat jer berubah..
sian budak ni, minta perhatian..
Yg dah sah jadi hubby pun org lain boleh kebas dik.
Wow riaknye mcm shayythoonnn huhuhu best sgt ke kekasih mu tu sampai ramai nak cantas?? Ke ngko jer fefeeling cenggitu hua hua hua… ni artis apa ekkk?? Tadi my sis yg share nihhh.. mletops ke artis malaysia cenggini kalo stakat nak bangga tayang boyfren pfftttt ???? surely dia pun gigih gak nak dpt KEKASIH dia nihhhh
kakak kemut pun dah ikut tutup muka kekasih..sudah tukar baru. bole laa kemut langkah bendul. takkan nk tunggu lama2?