Nenek Meninggal Dunia, Caprice Terkilan Tak Sempat Kenalkan Bakal Isteri
Menerusi satu perkongsian di Instagram hari ini, penyanyi rap, Caprice berkongsikan berita duka mengenai pemergian nenek tersayang pagi tadi.
Tidak berkongsikan punca kematian, Caprice meluahkan rasa terkilan tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa arwah nenek tinggal bersama ibu bapanya di Kuala Lumpur.
BACA: “Muat Naik Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh”
“Pagi tadi semasa solat Subuh saya dikhabarkan berita kehilangan nenek. Impian dan janji saya untuk menempatkannya di rumah bersama ibu bapa saya di KL tidak tercapai,” tulisnya.
Dalam pada itu, Caprice berkata dia juga tidak sempat memperkenalkan pasangan hidupnya kepada arwah neneknya serta ralat tidak dapat menguruskan jenazah.
“Saya juga tidak sempat menunaikan impian dan janji bahawa suatu hari saya akan membawa jodoh dengan anak-anak agar dia dapat bangga.
“Maaf saya tidak dapat menunaikan janji saya dan bersamamu hari ini. Al-Fatihah,” tulisnya.
Terdahulu, Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Julai lalu bagi mengikuti misi bantuan kemanusiaan. Kemudianm Caprice seorang diri ke Mesir pada 23 Julai lalu untuk meneruskan jihadnya. Bagaimanapun sehingga kini dia masuk belum dibenarkan masuk ke Gaza.
- SUMBER
- mStar Online
Salam takziah cap n keluarga.
Selama ni pun darurat politik utk kekal kuasa konon kerajae melayu isley tebuk atap yg xcukup korum je..darurat betul mana ada..kilang2 buka selamba je..sop menteri sendiri ke sana ke sini ke lautttt dalam..joget ramai2 la,melancong la,pesta durian la dll
Blh tak kita semua solat hajat berdoa supaya rakyat yg dijangkiti covid semua selamat manakala semua yg kat kabinet tuuuuu dan MB, kena covid stage 5. Serius x blh tahan dah dgn pentadbiran malaysia. Benci dan geli
Lubang buritku terbuka luas mau aja kentut padu sama caprice ini