fbpx

“Muat Naik Gambar Syaitan Satu Malaysia Kecoh”

Selepas membuat permohonan maaf beberapa hari lalu, semalam perkongsian terbaru penyanyi rap, Caprice mencetus tanda tanya apabila memuat naik gambar iblis.

Menerusi entri itu, Caprice seolah memberi bayangan akan mendedahkan sesuatu yang mengejutkan ramai dan kebenaran akan terungkai tidak lama lagi.

BACA: “Bersiap Sedia Untuk Kebenaran Malaysia”

Susulan ramai yang berteka teki, Caprice berkata dia akui terkejut apabila gambar dikongsikannya itu kecoh sehingga pengamal media menjadikan sebagai sumber berita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

“Muat naik gambar syaitan satu Malaysia kecoh. Dengar ini, akhir zaman sudah pun tertulis di dalam al-Quran. Saya hanya memberi klu tentang apa yang akan berlaku. Kenapa nak terkejut, ianya sudah ditulis,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut mempersoalkan tindakannya muat naik gambar syaitan timbulkan kekecohan tetapi banyak gambar wanita tidak tutup aurat dimuat naik tidak pula viral.

“Upload gambar syaitan keoh, etapi beribu-ribu gambar perempuan tak tutup aurat kenapa tak tular pula tak kecoh pun? Adakah saya yang gila, Malaysia atau anda?” katanya.

Bagaimanapun, Caprice dilihat menutup ruangan komen perkongsian video berkenaan mungkin tidak mahu netizen berdebat mengenai apa diperkatakannya itu.