fbpx

Nelydia Senrose Sahkan Bakal Berkahwin Tak Lama Lagi

Tidak berselindung mengenai hubungan cintanya dengan seorang jutawan muda bernama Hafiz, Nelydia Senrose mengesahkan bahawa dia bakal berkahwin tidak lama lagi.

Semalam, tersebar di media sosial perkongsian oleh kenalan rapat pelakon itu yang menghadiri majlis meraikan bakal pengantin yang diadakan di sebuah hotel. Menerusi video dan gambar yang dikongsikan, Nelydia turut memakai selempang dengan tulisan ‘Bride to be’.

BACA: Nelydia Senrose Akui Sibuk Buat Persiapan Kahwin

Tidak mahu mengulas lebih lanjut, Nelydia berharap agar majlis yang dirancang nanti akan berjalan dengan baik dan dipermudahkan.

‘Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, tidak lama lagi. Insya-Allah, semoga yang dirancang (majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan) akan dipermudahkan,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Nelydia memberitahu dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan bergelar isteri. Malah tahun lalu, Nelydia juga mengakui dia sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya namun tarikhnya dirahsiakan.

Apa pun kita nantikan sahaja Nelydia umumkan tarikh majlisnya kelak. Tak sabar rasanya mahu melihat Nelydia naik pelamin. Apa yang pasti perkahwinan pelakon ini antara yang dinanti ramai peminat.