fbpx

Nelydia Senrose Akui Sibuk Buat Persiapan Kahwin

Walaupun masih berteka teki dengan isu pernikahannya, Nelydia Senrose menerusi majalah URTV mengakui kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinannya. Namun tarikh itu Nelydia minta untuk dirahsiakan dulu.

BACA: Nelydia Senrose Bakal Umum Tarikh Nikah?

“Setakat ini persiapan perkahwinan berjalan lancar. Bila tarikh nikah tu, biarlah saya umumkan kemudian. Bukan apa, buat masa ini ada beberapa perkara yang belum selesai. Sampai waktunya nanti saya akan beritahu semua secara rasmi”

Mengakui agak cepat mengambil keputusan untuk bernikah, namun Nelydia pasti Dialah orangnya. Tapi kata Nelydia, tidak dinafikan sikap jejaka itu yang memahami dan matang membuatkannya jatuh cinta.

“Saya pun tak mahu sorokkan perkara baik. Doakanlah yang terbaik buat saya. Kami bercinta baru beberapa bulan. Kalau ikutkan, memang terlalu cepat kami mengambil keputusan untuk berkahwin. Nak tahu, bila dah kenal, terdetik di hati dialah orangnya”

“Apa yang membuatkan saya yakin memilih dia sebagai pasangan hidup adalah kerana ciri-ciri lelaki yang saya mahukan ada padanya. Dia seorang yang memahami, caranya membuatkan saya selesa, mempunyai ekonomi yang stabil dan sangat matang,” jelasnya.

Baguslah perkara baik begini tidak disorokkan, malah diwar-warkan supaya dapat berkongsi kegembiraan dengan peminat. Semoga segala perancangan Nelydia dan si Dia berjalan lancar. (rtky/w)