fbpx

Nelydia Senrose Pilih Jual Baju Tidur Jenama Sendiri

Jika barisan selebriti lain berkejaran mengeluarkan produk tudung dan juga kosmetik sendiri, berbeza pula buat Nelydia Senrose apabila dia berhasrat untuk mengeluarkan koleksi pakaian tidur di atas jenama sendiri.

BACA: Nelydia Senrose Akui Tak Serik Bercinta

“Saya sukakan baju tidur, malah pendek kata, semua golongan wanita menyukainya. Cuma, saya rasakan sebelum ini tidak ramai orang yang berani membicarakannya secara terbuka. Tiada salahnya pun untuk menjual baju tidur kerana ia keperluan wanita”

“Malah, kalau dilihat pasaran luar negara, ia bukan lagi perkara asing. Ada jenama luar yang begitu dekat di hati wanita Malaysia. Jadi, kenapa tidak saya sendiri keluarkan barangan sama?” katanya kepada Malaysian Digest.

Menarik juga nampaknya bidang pilihan Nelydia ini tapi apa pun, semoga Nelydia dapat merealisasikan impiannya untuk mengeluarkan pakaian tidur sendiri tersebut dan pastinya peminat tak sabar nak dapatkan satu. (rtky/s)