fbpx

Nelydia Senrose Nafi Kembali Bercinta Dengan Qi Razali

Menjelaskan bahawa dia tidak pernah kembali kepada bekas kekasihnya, Qi Razali, pelakon Nelydia Senrose juga menafikan bahawa mereka akan berkahwin tahun ini.

BACA: Nelydia Senrose, Qi Razali Bercuti Bersama?

“Walaupun sudah putus, kami tidak pernah bermusuh. Hubungan kami masih baik dan sesekali kami bercakap soal kerja dan tidak lebih dari itu. Namun, saya tidak mahu terlalu bercakap mengenai perkara ini kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan pada masa akan datang,” jelasnya kepada Harian Metro.

“Kalau betul saya nak kahwin dalam masa terdekat ini, sudah tentu sekarang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Sebaliknya saya kini sibuk di lokasi penggambaran,” katanya yang hanya akan berurusan dengan Qi di atas urusan kerja.

Sebelum ini Nelydia pernah menyatakan bahawa punca utama mereka putus cinta adalah kerana masing-masing mahu mengejar cita-cita dan berjaya dalam kerjaya – walaupun ketika itu Qi sendiri menyatakan dia sudah bersedia menjadi suami. (rtky/s)