fbpx

Nelydia Senrose Bakal Umum Tarikh Nikah?

Mengakui kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jutawan muda bernama Hafiz, Nelydia Senrose khabarnya bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Malah jelasnya, sidang media juga akan dibuat untuk memaklumkan perkhabaran baik itu.

BACA: Nelydia Senrose Sudah Sedia Berkahwin

“Memang sudah bersedia. Nanti kami rancang untuk buat sidang media untuk umumkan hal tersebut. Bukanlah di dalam tempoh terdekat memandangkan soal kahwin bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata”

Pernah menerima sebentuk cincin dari sang kekasih, Nelydia mengakui mereka memang pernah membincangkan soal pernikahan dan merancang ke arah itu. Namun ianya bakal terjadi bukanlah dalam masa yang terdekat ini.

“Saya hanya akan umum apabila semuanya sudahpun pasti. Saya tak nak lah sorok perkara yang baik, sebelum ini pun saya ada berjanji kepada rakan media. Cuma itulah, bukanlah dalam masa terdekat. Tapi betul, perjalanan untuk ke arah itu memanglah ada,” jelasnya.

Betul kata Nelydia, buat apa mahu sorok jika mahu membina masjid. Semoga perancangan Nelydia dan kekasih untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. Siapa tahu jadi wedding of the year kan! (rtky/w)