fbpx

Nelly Penyanyi Antarabangsa Terbaru Untuk Konsert Suara Kami 2011

Konsert Suara Kami 2011 sekali lagi muncul membuat kenyataan mengejut.

Selepas di’khabarkan gagal membawa nama besar seperti Pitbull & Far East Movement ke Malaysia untuk konsert mereka, satu lagi nama di’sebut pihak mereka.

Kali ini bukan calang calang nama mereka bawa, pemenang Grammy Award dua kali, Nelly.

Dalam kenyataan ringkas menerusi laman Facebook rasmi Suara Kami 2011, mereka mengesahkan kehadiran Nelly sebagai artis antarabangsa baru untuk konsert mereka.

Kenyataan ini keluar beberapa hari sebelum konsert mereka berlangsung 17 September ini bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Betulkan kami jika tersilap tetapi kami rasa ini pertama kali bintang hip hop Amerika Syarikat ini menjejakkan kaki ke Malaysia untuk konsert. Video Just A Dream nyanyian Nelly selepas ini. Enjoice