fbpx

Neelofa Terkilan Selebriti Baru Berhijab Dikritik

Tahun ini merupakan tahun yang penghijrahan beberapa selebriti lain ke arah berhijab penuh namun bagi Neelofa, kadang-kala persepsi segelintir masyarakat yang mengkritik perubahan positif berkenaan adalah tidak wajar.

BACA: Peminat Pertikai Iklan Menggoda Tudung Neelofa

“Bukan semua selebriti wanita yang menutup aurat itu sudah cukup sempurna dari segala segi sehingga langsung tidak boleh melakukan kesalahan. Ia bukan suatu proses berubah yang mengambil masa sekelip mata dan sepatutnya mereka diberi peluang untuk terus menjadi muslimah lebih baik.

“Setiap kritikan itu sebenarnya tidak adil, tambahan pula mereka yang suka menilai orang lain tanpa usul periksa,” katanya kepada mStar Online sambil menjelaskan bahawa selebriti yang sudah berhijab seharusnya diberi peluang untuk terus melakukan hijrah.

Malah Neelofa juga menyatakan bahawa artis yang berhijrah tidak patut dipandang dan dianggap semata-mata mencari publisiti. (rtky/s)