fbpx

Neelofa Selamat Berlepas Ke Tanah Suci

Akhirnya hajat Neelofa untuk menunaikan ibadah haji tercapai apabila beliau telah selamat berlepas ke tanah suci Mekah pada pukul 6 petang semalam. Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Arab Saudi itu turut ditemani oleh ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed dan ayah tirinya Abdul Halim Khan yang turut bersama menunaikan ibadah haji.

BACA: Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh

7- Neelofa Selamat Berlepas Ke Tanah Suci - jpeg

“Alhamdulillah, saya mendapat pengesahan untuk menunaikan ibadah haji ini pada saat-saat terakhir walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah visa sebelum ini,” katanya kepada Utusan Online berhubung masalah visa perjalanannya ke Mekah bersama kedua ibu bapanya.

Selain itu, antara yang turut menghantar Neelofa dan keluarga di lapangan terbang adalah ahli keluarganya di Kuala Lumpur dan juga dari Kelantan. Walau apapun, semoga perjalanan Neelofa untuk beribadat dipermudahkan, serta diberikan kekuatan untuk melakukan haji mabrur.

Terdahulu, Neelofa memberitahu bakal ke tanah suci Mekah pada bulan September bersama dengan kedua ibu bapanya buat pertama kali kerana sebelum ini sudah dua kali beliau pergi bersendirian. Neelofa dan ibu bapanya dijangka pulang ke Malaysia 20 September depan. (rkty/w)