fbpx

Neelofa Akui Tertekan Ditanya Soal Jodoh

Sering dihujani dengan pertanyaan jodoh, Neelofa akui berasa tertekan dengan perkara terbabit kerana faktor usia yang semakin meningkat membuatkan beliau lebih memikirkan keinginannya untuk berumah tangga. Namun begitu, usahawan berjaya ini tidak mahu bersikap terburu-buru membuat keputusan untuk bernikah selain masih tidak mempunyai calon lagi.

BACA: Neelofa Mahu Doa Bertemu Jodoh Di Mekah

“Saya sedar faktor usia juga membuatkan saya kini sedang memikirkan soal jodoh dan keinginan untuk berumah tangga. Tapi saya tidak mahu tergopoh-gapah. Ada yang juga mendakwa saya tertekan apabila memikirkan soal ini. Hakikatnya, apabila orang ramai sering memperkatakan dan bertanya mengenainya, memang saya rasa tertekan dengan soal itu”

“Allah sedang menguji saya, besar nikmat dilimpahkan bermakna besar juga dugaan yang akan datang. Begitupun, doa saya tidak pernah putus agar suatu hari nanti Allah datangkan kepada saya seorang lelaki, tidak sahaja mampu membahagiakan saya tetapi juga boleh membimbing saya,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.

Bagaimanapun dalam masa yang sama, sebagai seorang ahli perniagaan serta kerjayanya sebagai pelakon dan pengacara didalam bidang seni sedikit sebanyak menjadi faktor utama jodohnya tiba lewat. Malah tambahnya, beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa kedudukannya sebagai seorang selebriti telah menyebabkan punca ramai lelaki takut untuk mendekatinya.

Terdahulu, dikhabarkan Neelofa dan keluarga bakal menunaikan haji tidak lama lagi. Berikutan dengan itu, selain menumpukan perhatian melakukan ibadah, beliau turut berkongsi doa lain yang ingin dipohonnya apabila tiba di tanah suci Mekah nanti adalah untuk mendapat jodoh yang baik. Neelofa dikatakan bakal berangkat ke tanah suci pada bulan September ini. (rkty/w)