fbpx

Neelofa Sedia Bersemuka Dengan Fazura, Mahu Tamatkan Sengketa 13 Tahun

Selebriti popular Neelofa berkata dia mahu menamatkan sengket dengan pelakon Nur Fazura yang sudah berlarutan selama 13 tahun.

Memetik mStar Online, Neelofa berkata dia juga sedia untuk bersemuka dengan aktres itu bagi menyelesaikan segala permasalahan berlaku antara mereka.

BACA: “Tuduhan Sangat Berat” – Fazura Nafi Dakwaan Pergi Clubbing

“Saya rasa perkara ini perlu dihentikan, kena letak titik noktah. Sebab fikir balik perkara ini dah sampai 13 tahun.

“Jadi saya rasa sekiranya diberi peluang dan ruang untuk saya berdamai, saya akan sambut dengan baik. Saya rasa Fazura pun akan buat benda yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata tiada sebab untuk mereka berdua terus bersengketa serta yakin Fazura juga merasakan perkara sama.

Tambahnya lagi, dia juga sudah penat dikaitkan dengan kontroversi membabitkan aktres itu serta ikhlas untuk selesaikan salah faham yang wujud.

“Kalau kedua-dua pihak boleh membuat perkara ini (berdamai) ia boleh beri kesan kepada peminat saya dan Fazura untuk ambil kebaikan.

“Tiada lagi nak api-apikan, tiada sebab pihak Fazura tidak berbuat seperti yang saya hendak lakukan ini. Saya rasa dua-dua pun nak move foward..kalau asyik kena api-api dengan netizen saya pun dah tak larat,” katanya.

Sebelum ini hangat diperkatakan apabila wujud dakwaan daripada kelab pemint Neelofa mendakwa Fazura membuka tudung dan berhibur di sebuah pusat hiburan di Jakarta, Indonesia.