Neelofa: Saya Menulis Bukannya Untuk Menghentam Sesiapa
Kerana Nota Neelofa setiap Ahad di akhbar Metro, nama Neelofa kembali hangat diperkatakan. Penulisan Neelofa dalam akhbar tersebut dikatakan agak sinis seolah olah ditujukan kepada seorang selebriti yang sedang perang dingin dengan wartawan hiburan.
“Lofa tak bergaduh dengan sesiapa,” ringkas jawapan yang diberikan Neelofa ketika ditemui di majlis pelancaran hLive! Astro baru baru ini.
Neelofa meminta orang ramai untuk mengikuti penulisan Nota Neelofa pada setiap Ahad untuk mendapatkan sebarang jawapan kerana dia tidak akan memberikan sebarang kenyataan lisan dan bertegas tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berhubung isu tersebut.
Bagi Neelofa, peluang yang diberi oleh pihak Metro Ahad adalah satu penghormatan buat dirinya. Nota Neelofa bukan sekadar diari tapi medium untuk berkongsi segala ilmu yang dimiliki selain berkongsi pengalaman melawat negara luar dan isu semasa.
“Nota Neelofa adalah untuk satu Malaysia baca. Untuk dibaca oleh semua. Bukan surat yang ditujukan kepada seseorang”
Terang Neelofa, bukan sekadar isu Nota Neelofa saja dia dihentam malah sebelum ini pun sentiasa ada dua pihak yang menyokong dan menentang dan baginya itu adalah perkara normal yang perlu dilalui setiap hari.
Semakin Kerap Ikuti Ceramah Agama
Dalam perkembangan lain, Neelofa sekarang dilihat sering menghadirkan diri di majlis-majlis agama. Baginya ilmu yang diterima dari kelas-kelas agama mampu membuka fikiran tentang sesetengah perkara yang kadangkala manusia alpa tentang bertapa pentingnya sesuatu perkara tersebut.
Jelas Neelofa dia sudah terlalu lama meminati Profesor Muhaya namun baru sekarang berpeluang menghadirkan diri ke ceramah ceramah beliau.
“Dari dulu lagi Lofa memang suka dengar ceramah. Lofa memang peminat setia Professor Muhaya. Semua ceramah beliau kat ikim.fm tu Lofa dah dengar semua. Cuma Lofa takde kawan yang selalu ajak ke ceramah-ceramah macam ni. Sejak akhir-akhir ni Lofa bersyukur kerana dipertemukan dengan kawan-kawan perempuan yang suka dengar ceramah dan forum”
Neelofa juga berkata yang dia tidak peduli jika ada mulut-mulut jahat yang menuduh dia seolah olah hendak menunjuk-nunjuk.
“Lofa pergi untuk tambah pengetahuan. Yang penting niat, antara Lofa dengan Allah saja yang tahu,” tambah Neelofa sebelum mengakhiri perbualan. (rtky/bsr)
Nelofa ni cantik gak…takpe tak salah pe share pendpt…sapa mkn cili…minum coke byk-2
Heliza cantik Sgt…
neelofa cemerlang! itu sebab ramai retis cemburu..
“ceramah beliau kat ikim.fm tu Lofa dah dengar semua. Cuma Lofa takde kawan yang selalu ajak ke ceramah-ceramah macam ni. ” memang la takde orang nak ajak. dah hengko pun cari kawan yang jenis macam mana pulak . hadoii
Dia pn 2×5 jgk mcm fazura…x yah nk perli org sgt la dlm tulisan ko tu..dh la mnulis pn mcm syok sndiri…aku puji sam pya ruangan dlu..sblm mnulis atau slpas mnulis dia msti hglight dlu bnda2 yg trjdi dlm negara…cnth kmatian,mlapetaka…hrp nilopak ni lngsung x peka…oooooppppsss….sorry!
kalo dah bimbo… jgan dok act pandai… nko mmg tak gaduh ngan orang tapi nko carik gaduh ngan orang… rupa lawa tapi perangai huduh… berlakon pun over… pengacara pn xbest… dok harap publisiti murah ja… chuihhh
Haihhh ni yg buat ak suka lofa sgt2 ni beauty with brain, cemerlang smpai fazura jeles ngn dia, haha …alwaya support lofa
neelofa pandai,cantik,bisnes pon maju..sape yg xjeles..sabar la lofa oiii…suke tgok awk kt nona pkai la pape tetap cntik..
“Yang penting niat, antara Lofa dengan Allah saja yang tahu,” Lofa, 18 Mei 2014
“Paling sedih bila ada juga yang suka menggunakan nama Allah untuk menunjukkan diri mereka sentiasa berada di jalan yang benar dan tersangat baik.” Nota Neelofa, Metro Ahad, 04 Mei 2014
Lofa makan balik ayat sendiri
Bimbo! Artis menujuk2 baik tapi hati busuk!! Minah bimbo!
Prof muhaya? Faz dh lama ikut dia! Lopak tiru lettew.. Lopak ni sebenarnye adore, idol sgt dgn faz tu.. Semua pun nak copy cat.. Ala2 bff dia jugak si hanez perampas! Kesiannn..
Ala nak jual tudung bokitta yg dh lama jual kat msia, tetiba claim brand dia pulak si bimbo ni!! Jual tudung bagai tapi dia pakai baju tak cukup kain power rangers bagai!! Hipokrit!!!
btul tu..dia ni jnis ska tnjuk baik..tp dlm hti…tu la pelakon nmanya….brlakon x hbis2..klu dh bakat brlakon pn hampeh..pngacara pn kayu..elok la stop ja dr industri seni ni..bg org yg btul2 brbakat ja cr mkn…x yah nk ambk ksempatan nk jual mcm2,sdgkn kualiti out!contohi plakon brbakat noorkhiriah,ummi nazira…p brguru dlu dgn diorng bru la kau blh tnjuk hebat…x dk sumbangan lngsung dlm dunia seni…sorry pminat2 fnatik lopa yer!
Siapa makan cili,dia terasa pedasnya.alway support you,lofa
neelofa kentut x??