fbpx

Neelofa Sampaikan Doa Peminat Di Mekah

Menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah sekali lagi memberi peluang kepada Neelofa untuk berkongsi kenikmatan dan kebesaranNya ketika menunaikan ibadah haji. Kesempatan itu membuatkan Neelofa tidak ketinggalan menerima ribuan doa dari rakyat Malaysia yang mengirimkan doa ketika beliau menjalani tawaf sunat di Mekah sebelum berangkat ke Arafah.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Neelofa Selamat Berlepas Ke Tanah Suci

“Kami akan berangkat ke Arafah, esok dan doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan serta tiada halangan. Semoga doa kami dimakbulkan Allah. Kepada semua yang mengirimkan doa dari Malaysia, terima kasih banyak-banyak atas kiriman itu. Insya-Allah, kami akan memanjangkan doa itu dan membacanya dengan satu persatu,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Selain itu, Neelofa yang kini berada di sana bersama kedua ibu bapanya telah memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, meminta jika ada rakyat Malaysia yang ingin mengirimkan doa kepadanya untuk dipanjatkan ketika berada di sana. Melalui video itu, orang ramai mula memenuhi ruangan komen pengacara itu dengan doa serta mendoakan kesejahteraan beliau sekeluarga.

Neelofa berangkat ke Tanah Suci bersama ibu dan bapanya pada 5 September lalu serta dijangka kembali ke tanah air pada 20 September ini, turut bersamanya Vie Shantie Khan, yang menjadi teman sebiliknya. Walau apapun, semoga perjalanan ibadah Neelofa sekeluarga dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Diharapkan juga Neelofa sekeluarga akan dikurniakan haji mabrur. (rkty/w)