fbpx

Neelofa Sambut Hari Jadi Dengan Majlis Ilmu

Bakal menginjak usia 30 tahun esok, pelakon dan pengacara popular Neelofa memilih untuk menyambut ulang tahun kelahirannya dengan mengadakan sebuah program majlis ilmu yang diberi nama Light And Love Saturdate.

Diadakan di Masjid At-Taqwa, TTDI, Petaling Jaya, majlis tersebut diketuai oleh Imam Muda Asraf yang memberi fokus dan tunjuk ajar cara mengerjakan solat dengan sempurna.

BACA: Neelofa Taja Barang Keperluan 10 Keluarga

Neelofa berkata dia tidak menyangka usahanya itu mendapat sambutan luar biasa Ujarnya lagi, dia akan lebih banyak mengadakan majlis kerohanian seperti itu di masa akan datang.

“Saya sendiri tidak sangka, majlis yang dirancang agak lambat ini mendapat sambutan yang sangat baik. Hampir 500 orang memohon untuk menghadirkan diri, bagaimanapun, pihak kami hanya mampu menyediakan tempat untuk 150 orang sahaja.

“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Rata-rata mereka yang hadir nampak begitu bersemangat untuk mendalami ilmu. Melihat pada sambutan baik yang diterima, insya-Allah saya akan cuba menganjurkan majlis sebegini dengan lebih kerap untuk manfaat bersama,” katanya kepada Kosmo!

Di majlis tersebut, Neelofa turut melakukan demonstrasi solat dengan cara bacaan dalam bahasa Melayu. Ini bukan kali pertama pihak Neelofa mengadakan majlis ilmu seperti ini. Semoga usaha Neelofa ini dapat dijadikan contoh buat mereka di luar sana.