fbpx

Neelofa Taja Barang Keperluan 10 Keluarga

Bukan saja cantik dan merupakan wanita bekerjaya, Neelofa juga aktif melakukan aktiviti kebajikan membantu mereka yang memerlukan. Jelas Neelofa, tahun ini kumpulannya fokus untuk membantu lebih ramai keluarga.

BACA: Cantik Sepadan, Netizen Mahu Remy & Neelofa Berlakon Sama

“Saya dan peminat iaitu NeelofaTeam sering menjalankan aktiviti seperti ini sepanjang 2018. Bezanya tahun ini, saya memilih untuk melakukannya pada skala yang lebih besar dan kumpulan sasaran yang lebih luas”

“Sejujurnya, aktiviti sebegini memberikan satu pengalaman yang sangat membuka mata saya tentang erti kehidupan dan pengorbanan,” jelasnya kepada portal My News Hub mengenai hal berkenaan.

Kesinambungan daripada aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan tahun lalu, kali ini Neelofa mengambil inisiatif membantu 10 keluarga menerusi CSR Neelofa x NeelofaTeam yang diadakan di Kuala Selangor.

Selain daripada barangan asas seperti beras, gula dan makanan, Neelofa juga turut menyumbang set meja makan, peti ais, mesin basuh, dapur memasak dan juga sedikit sumbangan kewangan kepada mereka.

Usaha murni Neelofa juga turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa organisasi lain. Kagum betul dengan sikap Neelofa yang dalam diam membantu yang memerlukan. (rtky/w)