fbpx

Neelofa Rancang Dalami Tafsir Al-Quran Tahun Depan

Setelah berhijrah ke arah kebaikan, Neelofa dilihat semakin bijak mengatur langkah selain lebih memberikan perhatian kepada bidang perniagaan dan juga pengacaraan. Selain itu, menurut portal Media Hiburan, Neelofa merancang untuk mendalami ilmu agama pada tahun hadapan.

BACA: Neelofa Jawab Tuduhan Diri Aniaya Ejen Jual Tudung

“Ya.InsyaAllah jika semua berjalan lancar, Lofa akan mendalami ilmu agama di Istanbul,Turki pada tahun hadapan. Lofa hanya akan mengambil kursus jangka pendek selama tiga atau empat minggu sahaja”

“Kemungkinan besar Lofa akan mengambil kursus dalam tafsir Al-Quran,” jelasnya. Keputusan Neelofa itu dilihat sebagai salah satu usaha daripada dirinya yang mahu menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Sebelum ini Neelofa pernah menyuarakan isi hatinya bahawa perasaan untuk bercinta di dalam dirinya bagaikan sudah hilang dan turut memohon kepada Tuhan agar dikembalikan semula rasa itu yang hilang. Semoga apa yang diimpikan oleh Neelofa bakal dikecapi dengan jayanya. (rtky/s)