Baru-baru ini, kecoh mengenai rasa tidak puas hati salah seorang stokis jenama tudung Naelofar Hijab yang turut mendedahkan perkara di sebalik jenama tudung oleh Neelofa tersebut. Bagaimanapun menurut pelakon wanita ini, perkara yang berlaku itu turut membuka matanya untuk melihat siapa yang lebih ikhlas dalam bekerja atau tidak.
BACA: Neelofa Doa Dikembalikan Rasa Untuk Bercinta
“Cara terbaik andai anda berasakan si penjual tidak bersikap profesional dan melaksanakan perniagaan mereka di luar daripada kebiasaan, segera batalkan urusan pembelian anda. Kerana kesilapan dan tembelang hampir pecah, si pengadu mengambil langkah mudah dengan meletakkan kesalahan ini di atas bahu Naelofar Hijab”
“Ini semestinya satu perkara yang tidak adil bagi pihak Naelofar Hijab. Untuk pengetahuan pembaca, untuk menjadi stokis Naelofar Hijab buknalah mudah. Mereka yang berhajat perlulah memenuhi pelbagai syarat yang sudah ditetapkan oleh pihak Naelofar sendiri. Alhamdulillah kini Naelofar Hijab mempunyai lebih 700 stokis berdaftar dan bertauliah”
“Walaupun proses pemilihan dan pelantikan stokis agak ketat, namun ada ketika kita terlepas pandang perkara kecil. Dan inilah apa yang berlaku kepada Naelofar Hijab. Bayangkan dengan 700 stokis yang pastinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk pihak Naelofar Hijab uruskan”
“Apabila ia membabitkan 700 stokis bermakna 700 ragam yang perlu kami ikuti rentak mereka setiap hari. Tetapi Alhamdulillah sehingga kini tiada sebarang masalah besar timbul,” antara penjelasan Neelofa di Metro Ahad baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut Neelofa, ada hikmahnya juga perkara tersebut terjadi kerana ia telah membuka matanya dan mengajar dirinya untuk lebih berhati-hati dan cekap dalam menguruskan perniagaan. (rtky/s)