fbpx

“Neelofa Punca Anak Saya Jadi Popular”

Membuka akaun Instagram untuk bayi yang baru lahir menjadi kebiasaan di kalangan selebriti. Tetapi buat Sharnaaz Ahmad dan isteri, populariti anaknya Jebat Jayden menggunung kerana Neelofa.

BACA: Sharnaaz Ahmad, Nabila Selamat Timang Cahaya Mata

“Sebenarnya idea untuk membuka akaun Instagram itu tercetus sejak awal Nabila hamil. Adik ipar saya, Neelofa bersama adik-beradiknya yang lain mengusulkan perkara itu dan kami tidak keberatan menerima cadangan mereka”

“Ketika isteri sarat, baru akaun itu dibuka. Tetapi, terpaksa dirahsiakan dulu bimbang namanya diambil. Tidak sangka, selepas Jebat lahir, jumlah pengikutnya bertambah. Ibu saudaranya (Neelofa) yang buat dia jadi terkenal,” jelasnya.

Kongsi Sharnaaz lagi, hubungan beliau dan Neelofa yang suatu ketika dulu dingin juga semakin baik. Malah Neelofa juga sanggup menolak beberapa tawaran demi menolong menjaga Jebat di rumah mereka.

Bagi pasangan ini mereka tidak kisah berkongsikan perkembangan anak kecil mereka kepada peminat. Setakat ini akaun Instagram Jebat sudah mencecah 118 ribu pengikut dalam masa sebulan akaun itu dibuka. (rtky/w)