fbpx

Neelofa Nasihat Haqiem Rusli, Jangan Mudah Mengalah

Baru-baru ini, penyanyi remaja popular Haqiem Rusli mengejutkan peminatnya selepas mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal bersara sebagai penyanyi selepas mengalami kemurungan teruk sejak awal tahun ini.

Selepas pengumuman tersebut, muncul seorang individu mendedahkan ‘sikap sebenar’ Haqiem Rusli yang didakwa seorang yang bermasalah dan merasakan dirinya perasan bagus.

BACA: Alami Depresi, Haqiem Rusli Mahu Bersara Jadi Penyanyi?

Namun, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat dan meminta agar Haqiem tidak membuat keputusan terburu-buru.

Malah, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa juga turut memberikan semangat dan menasihati Haqiem agar tidak berputus asa dan sentiasa menjadi dirinya sendiri.

Neelofa berkata lagi, Haqiem perlu kuat kerana dia mempunyai ramai peminat yang sentiasa menyokong dan menyayanginya.

Selain Neelofa, selebriti lain seperti Caprice, Syafiq Kyle, Adibah Noor, Asad Motawh dan ramai lagi turut memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada Haqiem Rusli.